SELAMAT DATANG... WELCOME....AHLAN WA SAHLAN...

FPK


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."


               Falsafah pendidikan digubal bertujuan untuk melahirkan insan yang memberi sumbangan kepada kemakmuran Negara. Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksanaan. Kesimpulannya, falsafah diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan (Mok Soon Sang, 2010). Tujuan falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan (Tajul dan Noraini, 1992). Pendidikan pula bermaksud proses atau aktiviti untuk mengembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) untuk menambahkan kemahiran, kebolehan dan pengetahuan supaya dapat memberi kebahagiaan, faedah dan kemajuan dalam hidup dan dapat bertindak rasional untuk diri sendiri, bangsa dan agama (Annick, 1999). Pendidikan merupakan proses perubahan manusia untuk mencapai aktualisasi diri atau dengan kata lain mencapai kesedaran diri. Ia berkait rapat dengan kesedaran hubungan antara manusia dengan pencipta, manusia lain, makhluk lain dan alam.

No comments:

Post a Comment