Falsafah Pendidikan Guru
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."
Falsafah Pendidikan Sains
"Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi."
Jelas dilihat berdasarkan falsafah ini bahawa negara ingin mewujudkan masyarakat yang berbudaya sains dan teknologi. Selain daripada melahirkan saintis dan teknorat, ia juga secara langsung dapat memajukan negara . Oleh yang demikian, individu secara keseluruhannya perlu celik sains dan teknologi. Maka dari itulah pendidikan sains yang dirancang adalah berteraskan proses, hasil dan sikap yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kini. Ia adalah sehubungan dengan modal insan yang termasuk dalam agenda untuk Rancangan Malaysia ke-9.
No comments:
Post a Comment